Wednesday, September 11, 2013

Sebab-sebab saya gemar bermain badminton pada waktu lapang.

Saya amat gemar bermain badminton pada waktu lapang kerana ia tidak membuang masa. Walaupun saya tidak selalu bermain badminton di gelanggang badminon, tetapi saya boleh bermain badminton di kawasan lapang yang terdapat dia hadapan rumah saya. Saya juga sering mengajak jiran saya untuk bermain badminton bersama saya. Selain itu, banyak faedah yang kita boleh dapati daripada bermain badminton ini. 

Yang pertama ialah boleh membakar banyak kalori. Jumlah kalori yang terbakar selama bermain badminton bergantung pada cara anda bermain. Rata-rata pemain dengan berat 68kg dapat membakar sekitar 272 kalori untuk tempoh masa satu jam. Tetapi jika anda bermain untuk satu pertandingan, sebanyak 500 kalori mampu dibakar dalam masa satu jam.Tetapi pembakaran kalori ini dipengaruhi oleh berat badan pemainnya. Sebagai contoh, berat badan 90kg boleh membakar sebanyak 544 kalori dalam satu jam permainan. Sedangkan individu dengan berat badan 55kg hanya membakar 327 kalori dengan durasi yang sama.

Yang kedua ialah dapat menyihatkan badan seperti yang dikatakan pada definasinya. Apabila kami mengeluarkan segala tenaga kami bermain sesuatu jenis sukan, badan kami berpeluh. Apabila, kami berpeluh, kami sebenarnya mengeluarkan toxin-toxin lalu membersihkan badan. Dengan proses pembersihan ini, badan kami akan rasa lebih segar. Badan orang sering bersukan pun banyak berotot dan tegap. Jika kami sering bersukan, kami tidak akan jatuh sakit semudah orang yang tidak bersukan dan gemar memakan makanan yang terlalu berminyak atau terlalu masin.

Faedah yang ketiga ialah  ia membentukkan sesuatu pasukan supaya mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik. Kerana mereka sentiasa terpaksa memikirkan strategi untuk permainan, mereka dapat bekerja dalam sesuatu kumpulan. Lagipun, lama-kelamaan, semua ahli pasukan akan merasa bahawa pasukan mereka seperti sebuah keluarga. Misalnya, jika mereka kalah dalam satu permainan, mereka akan menghiburkan hati satu sama lain dan mereka semua sentiasa menggalakkan satu sama lain untuk bermain dengan sepenuh hati dan bermain dengan sebaik mungkin.

Faedah yang terakhir ialah ia mejaminkan jalan kehidupan yang sihat. Bersukan dapat mengurangkan berat badan seseorang dan risikonya menjadi gemuk dan menangkap pelbagai jenis kesakitan kerana gemuk akan berkurangan. Bersukan pun menyegerakan otak dan minda supaya dapat berfikir dengan jelas dan kami dapat menimbang dan berfokus dengan lebih mahir. Pengkajian pun menunjukkan bahawa bersukan dapat menolong melawan kemurungan dan perasaan terlalu khuatir.


Faedah yang kedua dan seterusnya dipetik daripada : http://www.smant.edu.my/v3/index.php?topic=1432.0

No comments:

Post a Comment