Wednesday, September 11, 2013

Badminton adalah masa depan kita.

Badminton juga boleh digunakan pada masa hadapan kerana jika kita sudah tahu cara-cara, tips serta faedah bermain badminton ini, mungkin kita boleh menjadi pemain badminton pada masa hadapan. Kita boleh menjadi pemain yang terkenal dan pemain yang pertama di dunia seperti Lee Chong Wei yang kita amat berbangga dengannya kerana beliau telah mengharumkan nama cantik lagi murni Malaysia kita.

Saya juga ingin menjadi seperti Lee Chong Wei yang sekarang ini sudah terkenal di seluruh dunia kerana kehebatan beliau bermain badminton. Ia boleh menjamin masa depan kita yang cerah jika kita belajar bersungguh-sungguh untuk bermain badminton daripada sekarang. Umur tidak menjadi penghalang untuk kita membuat sesuatu. Jadi jangan fikir jika kita sudah tua, kita tidak boleh bermain badminton.

Saya ingin belajar bermain badminton bersungguh-sungguh. Ia boleh digunakan pada masa hadapan saya. Tidak usahlah kita cepat berputus asa kerana masih banyak lagi masa untuk kita belajar. Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan.

No comments:

Post a Comment