Wednesday, September 11, 2013

Badminton untuk mengisi masa lapang.

Bagi saya, badminton dapat mengisi masa lapang saya pada waktu petang. Saya akan ke gelanggang badminton untuk bermain badminton sama ada bersama rakan, jiran, saudara atau keluarga. Saya sangat gemar bermain badminton kerana ianya dapat mengeluarkan peluh dan boleh menyihatkan badan disamping mengisi waktu lapang. Ada kalanya, saya pergi ke gelanggang badminton pada waktu malam kerana cuacanya yang sejuk dan nyaman. 

Saya akan membawa raket badminton serta bulu tangkis saya sendiri kerana saya berasa lebih selesa apabila meggunakan peralatan sendiri. Sebenarnya, bermain badminton ini perlu banyakkan latihan supaya dapat bermain dengan mudah. Kita juga perlu daya kekuatan untuk mengejar bulu tangkis kerana pihak lawan sering mengelirukan kita apabila bermain. 

Sebelum memulakan latihan atau permainan, kita perlu panaskan badan untuk menegangkan otot kita supaya otot kita tidak terkejut apabila bermain. Kita juga perlu bersedia dengan memakai kasut sukan dan pakaian yang sesuai. Kita juga perlu memastikan peralatan kita itu masih elok dan masih boleh digunakan dengan selamat. Kita tidak boleh bermain dengan peralatan yang sudah rosak kerana mungkin ia boleh mencederakan kita dan pihak lawan.

Conton raket badminton yang baik dan tidak rosak : 





No comments:

Post a Comment